Make your own free website on Tripod.com

Keahlian

Kepada pemilik-pemilik motosikal Jaguh disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang yang berminat untuk menjadi Ahli, keahlian terbuka kepada dua (2) kategori iaitu:

 

Ahli Biasa

Terbuka kepada semua pemilik kenderaan jenis motosikal Jaguh yang berumur 18 tahun ke atas dan Ahli Biasa layak untuk mengundi dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK).

 

Ahli Bersekutu

Terbuka kepada semua pemilik kenderaan jenis motosikal Jaguh yang bermastautin diluar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang dan Ahli Bersekutu boleh bersuara tetapi tidak boleh mengundi atau memegang sebarang jawatan di dalam Kelab.

Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:-

 

Ahli Biasa

Bayaran masuk        - RM 10.00

Yuran tahunan         - RM 25.00

 

Ahli Bersekutu

Bayaran masuk        - RM 10.00

Yuran tahunan        - RM 20.00

 

Kepada yang berminat untuk menjadi Ahli bolehlah menulis ke alamat seperti di bawah:-

 

Kelab Motosikal Jaguh Kuala Lumpur dan Lembah Kelang

(KEMOJA KLLK)

d/a Sound Dimension Sdn. Bhd.

No. 4, Jln Dewan Sultan Sulaiman

Kg. Baru, 50300 Kuala Lumpur

   

atau

Tel: 012-2108041, 013-3687320, 012-2839717

 

atau

 

Kemudahan Keahlian

PERLINDUNGAN INSURAN

Pihak Kelab tidak mewajibkan ahli ahli untuk mengambil perlindungan insuran apabila berdaftar menjadi ahli memandangkan kebanyakan ahli ahli telah mempunyai perlindungan insuran masing masing . Namun bagi ahli ahli yang memerlukan pihak Kelab telah mendapat kerjasama dari pihak syarikat insuran iaitu HONG LEONG INSURANCE dan TAKAFUL INSURANCE.

PANEL PEMBAIKAN MOTOSIKAL

Pihak Kelab juga menyediakan beberapa panel kedai motor untuk tujuan membaiki kerosakan dengan bayaran yang berpatutan dan dijamin bermutu.

MODIFIKASI

Bagi ahli ahli yang ingin membuat pengubahan suai kepada motosikal termasuk aspek kemasan ( cat ) , pihak Kelab mampu melayani kehendak ahli dengan perkhidmatan nasihat percuma.

PERKHIDMATAN KECEMASAN

Menyediakan perkhidmatan kerosakan tanpa mengira waktu kerana konsep Kelab yang mewujudkan pasukan kecemasan mengikut ZON .  

PERKHIDMATAN KERAIAN DAN PENGANKUTAN

Dengan kemudahan dan kepakaran yang dimiliki oleh AJK KEMOJA KLLK pihak kelab ada menyediakan beberapa kemudahan seperti berikut dengan bayaran perkhidmatan yang berpatutan. 

1.                 Kemudahan penyediaan P.A Sistem ,  Lampu Pentas dan kanopi.

2.                 Kemudahan D.J dan  Jurufoto untuk majlis perkahwinan.

3.                 Kemudahan Trak Tunda Untuk motor dan kereta

4.                 Kemudahan Pengankutan Teksi dan pindah rumah