Make your own free website on Tripod.com

 

Kata-Kata Aluan YDP

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Multimedia kerana memberi peluang kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata di dalam ruangan ini.

Selaku YDP KEMOJA KLLK, saya merasakan kewujudan Laman Web ini adalah tepat pada masanya. Ini memandangkan teknologi internet yang sedang berkembang di negara kita dapat memberi ruang kepada Ahli-Ahli kelab untuk mengetahui maklumat atau isu-isu terkini yang berlaku di dalam KEMOJA KLLK. Adalah diharapkan dengan wujudnya Laman Web KEMOJA KLLK ini dapat memberi manfaat kepada Ahli-Ahli semua.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Multimedia yang berusaha begitu gigih bagi membangunkan Laman Web KEMOJA KLLK ini.

Sekian.

Mazlan b. Zainal Abidin
YDP